KAWAN BARU SAYA
Berjumpa lagi kita dalam topik lain. Kali ni saya nak
cerita tentang kawan baru tapi masih dalam kelas yang saya cerita sebelum ni
iaitu kelas KPS…apa tu KPS?? Rajinkan jari anda skroll blog sebelum ni…nampak
tak korang ni malas nak baca kan..hahahha (gurau je).. okey dah dah melalut
pulak…
Kali
ni saya nak cerita pasal kawan yang saya baru kenal dalam kelas KPS ni. Nama si
dia NurFatin Alya Binti Mohd Fhairus panggilan mesra Alya. Orangnya kecil molek
je dan dia ni dari Fakulti Teknik & Vokasional (FTV) Reka Cipta… Semasa kelas KPS dah
nak mula, saya dan Alya masuk bersama tapi macam biasa saya akan senyum kambing
je dekat orang yang saya tak kenal (kira okey la senyum kambing daripada
menjeling). First impression saya tengok Alya ni dalam hati saya cakap “bapak
kurus doh budak ni.. dah macam budak sekolah…kalau aku berdiri sebelah dia
mesti macam jari kelingking dengan ibu jari …HAHAHA…” tu bisikan hati yang
nakal bukan jahat ye.hehe. Semasa dalam kelas Miss Izazol, Miss minta buat
kumpulan untuk pembahagian tajuk tugasan. Kebetulan saya ada empat kawan saya
dari fakulti yang sama saya cepat-cepat masuk dalam kumpulan mereka tetapi
kumpulan kami masih tak cukup orang, so… mata saya pon melilau cari pelajar
yang agak blur takde group…
Tidak
semena mata saya tertumpu dekat budak yang saya kutuk dalam hati tu siapa lagi
kalau tak si Alya tu 😑… tiba-tiba mata kami saling berhubung (berlaku eye
contact lerr) dan secara tidak langsung saya menyapa dan bertanya dengan nada
seperti gadis melayu terakhir, “awak dah ada kumpulan?(ayat skema bila tak
kenal orang).” (hipokritkan saya ni..hahaha). si Alya ni hanya menggelang je
menandakan dia belum ada kumpulan lagi. So, saya masukkan dia dalam kumpulan
saya walaupun muka dia nampak seperti orang yang sangat blur dan tak tau la
boleh buat kerja ke tak…hahaha (maaf sengaja kutuk 😅 ).
Kerja
kumpulan telah pon dibahagaikan oleh Miss Izazol dan kami mendapat tajuk awal
untuk pembentangan. Apa lagi bersilat la kami menyiapkan tugasan. Bagusnya tentang
Alya ni saya tak sangka hati dia kuat bila berlaku perselisihan faham dalam
kumpulan kami (kalau saya dah nangis dekat bucu katil dah). Walaupun nampak
Alya ni seorang yang lembut tapi dia menjalankan tugas dengan cekap walaupun
terdapat kesalahan tapi itu normal bagi saya sebba manusia tidak sempurna mesti
ada buat silap. Bila Alya buat silap saya akan tegur dengan cara baik dan dia
pun menerima dengan hati yang terbuka. Sejak dari tu hubungan kami semakin
rapat dan tau tau je la bila kita dah kenal rapat dengan orang tu segala
perangai setan kita akan keluar…hahaha
Alya
sejenis manusia yang tidak kedekut ilmu, kalau saya ada masalah dalam pembelajaran
dia akan memberikan beberapa pandangan. Lagi satu Alya ni macam alarm saya
sebab saya akan minta dia untuk ingatkan saya beberapa perkara. Rupanyanya dia
dah set dalam nota fon dia apa yang saya nak dia ingatkan saya..(so, nampakkan
siapa yang pemalas nak remind hal sendiri.. 😅. ). Banyak sebenarnya kalau
nak huraikan pasal si Alya ni…tapi cukup la kang bangga melambung-lambung budak
ni kalau baca blog ni..haha
Nah saya belanja sikit gambar Alya (kanan) |
Dalam diri Alya terdapat beberapa
nilai yang boleh dijadikan model ketika saya menjadi seorang guru pada masa
akan datang. Nilai pertama adalah peramah, sekiranya kita menjadi guru perkara
utama adalah kita perlu menjadi seorang guru yang ramah terhadap murid. Jadi
murid tidak akan berasa kekok bila berhadapan dengan guru. Selain itu, nilai yakin
diri dimana saya perlu berasa yakin dalam membuat keputusan dan melaksanakan
tugasan saya sebgai seorang guru.
Saya harap
hubungan persahabatan saya dan Alya kekal sampai bila-bila… dan dan dan… paling
saya terkejut (bukan nak mengumpat tau) muka innocent tapi kalau main game COD
jangan la sesekali tegur dia…hhahahaha (maaf Alya). Itu sahaja daripada saya
tentang kawan baru saya.
Dah macam mak dengan anak..hahaha |
Comments
Post a Comment