ISU BULI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
Buli adalah perbuatan menindas individu yang lemah
untuk menunjukkan kekuasaan yang ada pada diri seseorang individu. Buli juga
merupakan salah satu tingkah laku yang tidak bermoral dan perlu dielakkan dalam
setiap diri individu. Buli merupakan satu perkataan yang amat ditakuti oleh
individu yang lemah kerana tindakan membuli ini memberikan kesan kepada si
lemah. Sebagai contoh, si lemah tidak menunjukkan reaksi membalas secara tidak
langsung si pembuli akan membuli si lemah berterusan tanpa memikirkan kesan
yang akan berlaku kepada dirinya dan si lemah itu.
JENIS-JENIS BULI
Buli merupakan perkataan umum yang sering kita dengar tetapi buli ini terdapat pelbagai jenis. Antara kes buli yang terdapat dalam kawasan sekolah adalah buli fizikal, buli mental, dan buli siber dalam kalangan murid.
Jenis-jenis Kes Buli di Sekolah |
BULI FIZIKAL
Gambar diatas adalah salah satu kes buli fizikal |
Buli fizikal adalah buli yang melibatkan anggota tubuh
badan dimana berlaku sentuhan fizikal antara si pembuli dan mangsa buli. Kes
buli seperti ini sering kali berlaku di kawasan sekolah kerana bagi si pembuli,
ia dapat merasakan kepuasan apabila dapat melepaskan kemarahan dengan cara
membuli murid yang lebih lemah darinya. Antara kes buli yang sering berlaku
adalah memukul, mencabul dan mengugut. Pembuli ini akan merasakan dirinya
berkuasa dalam kawasan sekolah kerana mereka ini tidak bertindak sendirian
malah mereka melakukan kegiatan buli ini secara beramai-ramai.
BULI MENTAL
Gambar diatas adalah salah satu kes buli mental |
Buli mental merupakan buli yang melibatkan mental sesorang
dimana kes ini nampak agak ringan tetapi kita tidak tahu kekuatan jiwa
seseorang itu untuk mengharungi detik-detik di buli. Antara kes buli mental
adalah mengejek atau mencerca, memaki hamun, dan gangguan seksual. Sekiranya
kes ini berlaku berulangkali tanpa dibendung, perkara yang tidak diingini boleh
berlaku kepada mangsa buli itu.
Ini adalah salah satu kes buli mengejek atau
lebih dikenali sebagai “body shaming”
lebih dikenali sebagai “body shaming”
Buli
dalam bentuk mengejek seringkali berlaku dalam kalangan murid tidak kira umur
dan pangkat. Buli ini juga berlaku dalam kalangan rakan sebaya murid seperti
mengejek dari segi nama, bentuk fizikal, dan rupa paras seseorang murid itu.
Kes buli yang berkaitan maki hamun juga merupakan isu hangat yang berlaku dalam
kalangan murid sekolah dimana pembuli ini gemar memaki hamun mangsanya sehingga
meyebabkan mangsa menghadapi tekanan dengan makian yang diterima. Selain itu,
gangguan seksual tidak terlepas daripada kes buli dimana pembuli ini akan
menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa buli untuk menakut-nakutkan mangsa
sehingga merasakan dirinya terancam dan memberikan tekanan jiwa dalam diri
mangsa.
BULI SIBER
Gambar diatas adalah salah satu kes buli siber
Buli
siber adalah buli yang boleh menjatuhkan maruah mangsa dengan cara menghina dan
melontarkan kata-kata kesat secara terang-terangan di laman sosial sehingga
boleh dibaca oleh orang awam. Buli siber
pada masa kini semakin berleluasa kerana bukan orang dewasa sahaja yang
menggunakan teknologi seperti gajet malah golongan kanak-kanak dan remaja juga
sangat aktif dalam penggunaan teknologi seperti telefon pintar. Oleh hal yang
demikian remaja yang menggunakan teknologi tanpa pengawasan orang dewasa boleh
melakukan pelbagai perkara termasuk buli siber. Murid zaman sekarang melakukan
tindakan tanpa berfikir panjang akan kesan yang akan berlaku sekiranya
melakukan buli siber terhadap mangsa.
KESAN BULI TERHADAP MURID
Sekiranya ada kes buli dalam kalangan murid semestinya
terdapat kesan kepada mangsa buli. Kesan yang akan berlaku kepada murid yang
dibuli adalah murid ini akan mengalami kecederaan di anggota badan mereka.
Malah sikap mereka ini secara tidak langsung akan berubah menjadi pendiam dan
berasa takut untuk bergaul dengan rakan-rakan. Mereka juga akan berasa terancam
dengan orang sekelilingnya akibat trauma yang dihadapi ketika dibuli. Sekiranya mangsa buli ini menghadapi tekanan yang melampau dan tidak
dapat dikawal, secara tidak langsung mangsa ini berkemungkinan akan menjadi
kurang siuman. Dari segi akademik pula, mangsa buli ini agak sukar untuk
memberikan tumpuan di dalam kelas kerana tekanan perasaan yang dihadapi oleh
diri mangsa. Lebih kritikal, kes buli ini boleh menyebabkan kematian terhadap mangsa buli ini.
CONTOH KES BULI
Kes Buli 1 |
Kes Buli 2 |
Kes Buli 3 |
CARA TANGANI MASALAH BULI
Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian begitu
juga dengan masalah buli ini dalam kalangan murid di sekolah. Masalah buli ini
juga perlu dibanteras kerana tidak mahu perlakuan murid-murid ini menjadi lebih
buruk. Sebagai guru di sekolah yang diberi tanggungjawab oleh ibu bapa mereka,
langkah yang perlu diambil oleh guru-guru di sekolah adalah dengan mengawasi
tingkahlaku murid-murid agar kegiatan buli antara murid tidak berlaku. Selain itu,
pihak sekolah perlu memasang alat pengawasan seperti kamera tertutup (CCTV) di kawasan
sekolah yang agar pengawasan murid dapat dikawal malah mengawal keselamatan
juga turut bertanggungjawab untuk meronda kawasan sekolah agar kes buli ini
dapat dibanteras. Oleh itu, sekiranya kes buli ini tular menjadi kes berat yang
tidak dapat dikawal oleh pihak sekolah maka pihak sekolah perlu menyerahkan kes
ini kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya.
Pihak sekolah perlu memasang alat pengawasan seperti kamera tertutup (CCTV) di kawasan sekolah |
Gambar diatas menunjukkan penyerahan kes buli kepada pihak polis |
Comments
Post a Comment