MY FIRST BLOG 😊
Assalamualaikum...
Hai korang... 😊
Hai korang... 😊
For the first time...ni blog pertama dalam hidup saya selama 24 tahun ni....hahaha *lawak ke?*
Macam biasa la perkenalkan diri dulu.... nama yang diberikan ialah oleh Sang Raja (ayah) dan Sang Ratu(mak) dalam family saya ialah Nurasyahira Binti Basirun... Saya ni anak kedua daripada lima orang adik-beradik dan masih tinggal dengan family di Pontian, Johor...
Nak cerita pasal hidup saya sampai esok tak habis menaip ni~~~
soo~~ saya ringkaskan je la...
keluar je dari perut mak sampai umur 14 tahun tinggal kat KL dan selebihnya pulang ke negeri asal ayahanda di Johor...haa tu je laa ringkaskan 😆
okey laa~~ saya cerita serba sedikit tentang diri saya yang tak berapa nak famous ni...
semasa hidup kat KL, ni antara sekolah saya > SK Bukit Pantai (SKBP), SK Jalan Raja Muda (SKJRM), & SMK Puteri Wilayah (SMKPW)... Chow Kit antara tempat yang selalu saya pergi sebab ayah saya ni memang rajin bawa anak dia yang sorang ni masuk pasar so sekarang takde la geli nak jejak pasar yang basah dan berlecak tuuu...huhuhuiii 😆😎
Dah 14 tahun hidup kat KL tiba masa pulak semua family saya kembali ke tempat asal usul ayah saya (balik kg belah ayah di Johor)... mula-mula tu berat juga hati ni nak pindah sebab masa tu baru tingkatan 2 baru nak kenal rapat dengan kawan-kawan tapi takpelah kawan boleh dicari... dah menetap kat Johor bermula la kisah hidup saya bersekolah di SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman di Pekan Nanas, Johor (SMKDMYS)..
Di SMKDMYS ni saya merupakan salah seorang pemain bola tampar. Saya juga tinggal di asrama di sekolah tersebut, jadi mudah untuk saya turun latihan bola tampar pada waktu petang selepas habis waktu belajar di asrama.
Comments
Post a Comment