Posts

Showing posts from 2019

ISU BULI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

Image
 MAKSUD BULI        Buli adalah perbuatan menindas individu yang lemah untuk menunjukkan kekuasaan yang ada pada diri seseorang individu. Buli juga merupakan salah satu tingkah laku yang tidak bermoral dan perlu dielakkan dalam setiap diri individu. Buli merupakan satu perkataan yang amat ditakuti oleh individu yang lemah kerana tindakan membuli ini memberikan kesan kepada si lemah. Sebagai contoh, si lemah tidak menunjukkan reaksi membalas secara tidak langsung si pembuli akan membuli si lemah berterusan tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku kepada dirinya dan si lemah itu.  JENIS-JENIS BULI       Buli merupakan perkataan umum yang sering kita dengar tetapi buli ini terdapat pelbagai jenis. Antara kes buli yang terdapat dalam kawasan sekolah adalah buli fizikal, buli mental, dan buli siber dalam kalangan murid. Jenis-jenis Kes Buli di Sekolah  BULI FIZIKAL  Gambar diatas adalah salah satu kes buli fizikal      Buli fizikal adal